24 February 2010

Food Manufacturing link

Good website to share...

http://www.foodmanufacturing.com/scripts/default.asp?CommonCount=0

By Mimi - Pertima

Assalamualaikum n selamat sejahtera ...

Seronok dengar cerita kawan2 yang berpraktikal di serata negeri. Tapi kami yang berpraktikal di pertima tak kurang juga menarik ceritanya meskipun diistilahkan "terlalu jauh" sangat dengan kampus kota ni.

He2... Seminggu 2 ni kilang kami perlu direnovate sempena nak menyambut kedatangan Menteri Besar Terengganu... Kebetulan tempoh renovation masih lagi dilanjutkan sehingga ke suatu tarikh yang akan diketahui kelak, maka kami telah mendapat tugasan terkini setelah mendapat mandat dari Yang Berbahagia Prof. Dr Che Abdullah... He2..

Tanggal 21 februari 2010 (Ahad), kami telah bergegas ke kampus kota setelah mendapat panggilan kecemasan dari Pn Norlia jam 10 pg. He2, maap yer pn Norlia... (Pn Norlis: hehehe.. nasib baek sempat wat panggilan kecemasan..kalu x dah bertebaran balik kg dah masing2)

Kami telah melawat ke bilik baru Fakulti Teknologi Makanan di tingkat atas bangunan bendahari untuk bertemu dengan En Roslan. Kebetulan Encik Roslan tengah bz dengan tugasan yang perlu dihantar hari tu jugak, maka kami telah mengambil keputusan dengan meng"interview" pensyarah2 kat sini kerana lama tak berjumpa..

Cewah.. Atas kerjasama Pn Norlia, kami mendapat tempat untuk menetap di bilik sensory. Thanks a lot Puan. Luv U.. Kami jugak mengisi masa lapang dengan melayari ternet kat lab sensory foodtech.

The task begins... Tepat jam 3 petang, kami telah berjumpa dengan ayahanda Prof Abdullah untuk bertanyakan ttg apa yang nak buat untuk mengisi kelompangan masa kami? Maka Prof pun berkata " he2... relax la dulu.." (bt ayat sendiri ni, prof x kata paper pun) Prof tengah khusyuk tengok group foodtech heroes kita ni. Betapa caringnya "big boss - ayat Dr Maarof" kita ni sampai stp hari at least 4 kali Prof akan melawat blog kita.

Kami telah berbincang dengan Prof ttg projek2 yang boleh dibuat untuk membantu rakyat Terengganu selain untuk menjadikan UDM ni sbg Pusat ECER untuk menghasilkan produk Halal. Hari ni kami hanya berbincang kasar tentang produk2 yang boleh dibangunkan dan kami perlu mencari maklumat tambahan tentang jeruk, cili, dan tempoyak.

22 Februari.. Pencarian maklumat bermula... Kami telah mencari produk- produk yang berasaskan cili yang boleh dibuat apabila harga cili jatuh terlalu rendah. Mengikut cadangan, cili tersebut boleh dijadikan jeruk dengan merendam dalam brine solution.aktiviti ini dilakukan apabila harga cili jatuh telalu rendah dan cili tersebut boleh digunakan semula apabila harga terlalu tinggi bg cili dicatatkan. Kami membuat perbincangan berkumpulan mengenai jeruk, cili dan tempoyak. Bagi jeruk, kami telah mencari jenis2 buah yang terdapat di terengganu yang mudah dibuat jeruk seperti buah pauh, cermai, kereteh, kedondong, betik, kabung etc..

Kami juga mencari alternatif lain untuk menjadikan sayur sebagai jeruk cm lobak, sengkuang, terung etc. Bagi produk berasaskan cili kami mencadangkan untuk membuat cili potong, smoked chillies, sambal belacan, cili jeruk. Menurut kata ayahanda Prof, masih belum ada lagi sambal belacan yang ditinkan secara besar2an kt Malaysia ni. Tempoyak pulak dapat dihasilkan more varieties depend on the states cm rasa tempoyak kat Negeri 9, Pahang, Terengganu, Kedah, Kelantan, Perak adalah lain.. Ada yang memasukkan pelbagai jenis daun dalam tempoyak cm daun kaduk, daun pokok letup2 dan banyak lagi ulam2 yang memberikan rasa yang berbeza dan sedap.

Wow, so many project to be run for Final Year Project. Prof cakap idea2 ni boleh digunakan untuk run kita nyer FYP. Jd saper2 yang berminat boleh lah ambil topik2 ni. Jika kawan2 berjaya buat projek ni, ia akan dibukukan sebagai buku resepi dan digunakan untuk menolong rakyat Terengganu untuk menjadi usahawan secara kecil-kecilan. jgn lupa, UDM as the center of ECER.

23 Februari, kami telah membeli pelbagai jenis cili yang terdapat di pasar. 4 jenis cili dibeli iaitu cili padi, cili burung, cili merah besar dan cili nak bt lada solok. Kmi juga telah search maklumat tentang cara pembuatan tobasco sauces yang kita makan kt pizza hut tu. sebab rasanya sedap, kami cari cmner method yang digunakan untuk bt sos cili tobasco. Cili tobasco ni ingredientsnya hanya 3 jer iaitu cili tobasco, garam dan cuka. Mula2 cili yang masak akan dipetik, kemudian di"mash"kan dan ditambah dengan garam. Untuk pengetahuan sumer, cili ni akan disimpan di dalam ton kayu dari pokok oak selama 3 tahun. Kemudian barulah dimasukkan cuka dan diperam lagi selama sebulan. Kulit dan bili cili akan dibuang.. Packaging akan dilakukan apabila cili ni dah siap diperam untuk suatu jangka masa yang panjang ni..


Kami juga telah menjalankan eksperimen nak bt jeruk cili dengan membuat brine solution. Nisbah yang digunakan adalah 4:1. iaitu 4 brine solution dan 1 cili. For preparation of brine solution, 20% of salt is used and 80% of pure water is needed. Eg; 100g water. 20g salt. Masalah yang dihadapi kat sini adalah cili akan timbul dan tidak tenggelam bila diletakkan dalam brine solution ni. Rasanya myb disebabkan perbezaan ketumpatan ni sebab tu cili leh timbul. Leh x saper2 yang leh tolong fikirkan mcm maner nak jadikan cili tu terendam dalam air garam??? Sapa yang leh fikir idea tu memang tabik spring laa... idea yang terfikir adalah dengan meletakkan air yang diisi dalam plastik dan dimasukkan dalam bekas untuk menindan cili supaya tidak timbul. (idea prof n kami suma)

He2, yang kelakarnya masa nak letak plastik dalam botol kecil, tak der plastik kecil. Cari punya cari akhirnya kami terpaksa menggunakan plastik gloves tangan yang ader. Bila diisi air, kami isi pada ruangan jari gloves lutsinar tu.. He2 mcm2 la yang terfikir. Ader jd cm bentuk belon la.. etc.. keh2

One more last question (u Pn Norlia) nk tnya tentang teori simple jer. Kalau dalm satu solution kan ader solute and solvent. Katakan prepare 20% solute. kalau letak 20g garam dalam air 80g, dan 20g garam dalam air 180g, adakah kandungan solute dalam solution tu sama??? Setahu saya kandungan garam dalam air adalah sama dan tidak dipengaruhi oleh kandungan air yang berbeza. Cuma air garam akan jadi lebih pekat dan cair jer. Tapi mcm mana pulak kalau kita prepare 100g solution tapi yang kita guna hanya 80g jer solution tu. Adakah % solute tu akan dipengaruhi???

Anyway.. Maapyer tulis panjang.. Msti malas nak bacer kan.. Tapi terlalu sedap menulis sampai x sedar. Thanks for da reading yea...

By Ikhsan - Saudi

assalamualaikum semua..

If i'm not mistaken, this will be my 2nd sharing about my practical program here in sg. Petani..actually i just come back from USM yesterday. 'holiday' di Penang yang sangat menarik kerana berpeluang berjumpa Dr. Danial Zainal Abidin dan Ust Syazali bagi sesiapa yang mungkin mengenali=). Sempat berkongsi pendapat dengan ustaz amat berminat dengan bidang makanan. Kuliah dia pun berkaitan klorofil(pokok hijau) yang merupakan sumber utama makhluk untuk terus hidup sehingga hari ini.

Okeh, that's only the introduction. cewah, macam banyak jer nak tulis. back to my experience here in 'saudi'..hari ini merupakan tarikh yang bersejarah apabila saya telah bertukar ke unit R&D daripada unit pembelian(purchasing) setelah hampir 2 bulan di sana. Sebelum ini dunia saya hanyalah di pejabat berhawa dingin dan dialas oleh kerusi empuk yang kadangkala 'mengorbankan' sy. Alhamdulillah, hari ini saya secara rasmi boleh masuk ke bahagian production yang selama ini sy hanya mampu intai-intai sahaja. many thing to share but don't know how to start.

Di bahagian R&D sy berpeluang berkongsi pengalaman dengan pelajar dari UMS yang mana telah hampir 2 bulan berada di sana. Sampai di bilik R&D sy diterangkan dengan mesin-mesin dan bahan-bahan yang ada disana. Disitu hanya ada 3 orang pekerja,En. Makhtar(boss) dan Mrs Toh(asst. boss). Tidak sempat berehat, saya telah diminta untuk mengambil bahan-bahan dari bilik stor seperti tepung parsley(40kg), breadcrumb(++kg) dan juga diarahkan mengambil chicken fillet di bahagian production. Kami diminta berbuat demikian untuk percubaan mengeluarkan produk baru secara industri kalau sy tidak silap. Jadi kali pertama menjejak kaki ke bahagian production yang agak besar. Justeru, sy dapat melihat hampir seluruh bahagian Production 5 yang menempatkan line production bagi produk burger, nugget dan lain2.

Baru hari pertama disini,timbul sedikit perkara yang mungkin menggelikan hati. saya terpaksa memakai pakaian supervisor untuk sementara waktu mengikut kata bahagian QC kerana lab coat yang digunakan oleh jabatan kami masih dalam proses pembelian. Bagaimanapun, ketua2 sy tidak bersetuju dengan aturan ini disebabkan masing2 takut akan ditanya oleh GM kerana pakaian sy ini. So, akhirnya sy akan menggunakkan lab coat kawan dari UMS itu kerana dia akan ditukarkan sementara ke bahagian pembelian menggantikan tempat sy.

Hari ini agak mencabar dengan suasana kerja baru sehinggga membuatkan sy penin kepala sehingga isyak tadi. Ini mungkin disebabkan agak keletihan kerana berdiri hampir seluruh hari pada hari ini. Mungkin juga mual dengan bau ayam yang sy terpaksa potong kecil2 seberat 15-20g secara manual sehingga 20kg. Lebih kurang pukul 4.30 baru selesai memotong dan menimbang hirisan2 ayam itu. Kemudian,sy menyertai dan mempelajari proses 'sensory testing' yang sudah familiar bagi kawan dari UMS ini yang akan dilakukan di dining room. Berbeza dengan dia,bagi sy ianya merupakan perkara baru. Kami dikehendaki menghidang produk baru mereka, chicken flattened yang telah kami goreng ke dalam lebih kurang 10-12 piring bagi tester yang biasanya dijemput dikalangan ketua2 jabatan.

Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar namun kami terpaksa balik lewat kerana mengemas dining room dan bilik memasak kami. Hampir pukul 6 baru sy 'punch card' keluar. Setakat tu sahaja perkongsian yang tidak seberapa dari kilang Saudee. Moga dikurniakan kesempatan untuk sama2 kita berkongs pengalaman masing2. Actually, purchasing department is vital too. maybe later i will present it.tak sempat la nak tulis. tadi pun dah congak2 nak buat report ni,katanya perlu submit 1st dekat HR sebelum quit dari praktikal ni. jumpa lagi.

ikhsan khalid bumi hijau Saudi, 40'c Sg,Petani

++ maaf, kerana menggunakan 'double language' dengan izin=)

06 February 2010

By juaini - Pertima

Assalamualaikum wbt..

kali ni saya nak kongsi dengan semua berita gembira dan sedih yang kami terima dalam 2 minggu nie..

BERITA GEMBIRA ~ permulaan 2 minggu lepas, kami di Pertima dikejutkan dengan 'spot check'/ lawatan dari Kementerian Kesihatan Negeri..start dari raw material hingga packaging area mereka jelajah..dan Alhamdulillah, Pertima skali lagi dapat gred A..bak kata akak kat pejabat ' Pertima nie semenjok dapat HACCP sokmo bleh gred A'..tahniah lah Pertima sbb dapat HACCP, & trima kasih dan tahniah untuk Prof Abdullah, as consultant for Pertima..bukan senang kilang kat Tganu nie nk dpt HACCP, n prof dh buktikan yg anak Terengganu dpt bantu kilang Tganu tuk dptkan HACCP..tahniah prof..(",) ~

Selasa minggu lepas kami buat experiment lagi!!BEST nyer..kalu dulu kami buat new products base on KELI, lo ni kami cuba tuk upgrade of sardine's sauce..nk lebih baguih lagi, base on shelflife, cost, viscosity,colour, taste, etc..cuma kali nie beza dri yg Keli tu kami cari resepi sendiri, tapi yg sos nie en.dzarif dh bgi formula pada kmi n kami kena c0nvrte jadi 1 kg.ad 3 formula, dan kami guna bahan yg berbeza dengan sos sekarang tuk ganti kan modified starch & others..tuk frmula 1 kami buat 5 tin, frmula 2 dpat 5 tin n frmula 3 dapat 4 tin je..awal minggu nie, kami dah bukak 3tin sardin yg berbeza formula ramuan, dah makan dan banding kan antara satu sama lain.. ~

Ahad minggu nie, adalah hari terakhir kami buat sardin tin besar..start Isnin kami buat untuk Muslim Aids International, mutton in curry (international Qurban food aid - sadaqah from the people of Australia, Malaysia, Singapore,New Zealand, .....) ~ best sangat, isnin dan selasa kerja saya kupas lebihan kulit & potong kentang, pagi hingga petang berdiri untuk siapkan banyak tong bersama yg lain2..

rabu - khamis saya masuk filling area..time letak daging dlm tin tu, sedih plak rasa..sy terbayang keluarga seIslam kita kat Palestine, nnti kalu tin-tin kari ni sampai pada mereka, mesti mreka happy sgt2..ada makanan..tapi kalu 1 keluarga ada 10,11 org ahli, mcm mana agaknya mereka kena hadapi..maybe ada antara ahli tu hanya dapat rasa sdikit kuah dari kari tu..kesian mereka, tapi itulah ujian Allah buat mreka.. ~

semalam en.dzarif kata start 22 feb nie, kami akan ke kampus kota..msuk lab!!bestnyer..start 22feb xda production kat pertima, sbb ad renovation skit kat kilang..insyaAllah 28 feb, MB Terengganu nk dtng Pertima tuk lancarkan products Muslim Aids yg kami buat nie..

BERITA SEDIH ~ erm,,,,1 je berita sedih..tapi sangat geram dan menyayat hati bila en.dzarif bagitau tntng ni..sebelum2 nie, Pertima dah bertahun dapat tanggungjawab buat produk untuk Muslim Aids, tuk diberikan pada negara2 miskin, tertindas, mangsa perang sperti Palestine, Iraq,...tapi yg sedihnya, apabila ada produk yang sepatutnya dah sampai ke Palestine, telah DITAHAN oleh TENTERA ISRAEL & DISEKAT oleh kerajaan MESIR!!..makanan2 yg Pertima buat tu sepatutnya dah sampai di tangan rskyat2 Palestine 3 bulan yang lepas..tapi sampai sekarang saudara-saudara kita merintih, sedih, kelaparan..bnyak sangat sekatan yg dibuat atas mkanan, perubatan,etc..pada ISRAEL tu dh mmg jelas2 kita nampak sikap mereka, tapi knapa lah negara Islam seperti Mesir pun boleh sekat kita nak bantu saudara Islam sendiri???musykil btul lah umat akhir zaman nie..apa ntah mreka fikir kan..en.dzarif yang infrm kami tntng nie, terkejut gak bila dapat tahu..en.dzarif lagi lah geram, products x sampai pada yg sepatutnya dan disekat oleh Mesir plak tu..ntah lah..semoga dipermudahkan saudara2 seIslam kita di sana..doakan lah..........

02 February 2010

By juaini - Pertima

start with new product :corned mutton & mutton in curry

hari nie start kami belah kentang n buat mutton in curry.. best jer bau kari daging, lapor jer rasa time beloh kentang tu

kalu dulu wat 'corned mutton' awok2 nie jdi 'bestfren' kambing jap, (jgn maroh des awok2 pertima lain =>)

strt hari nie, kmi jadi geng 'mamak' lah plok..bau kari mamak jer stiap hari.. sodaaaap..

Q&A on tomato sauce

Apa akan terjadi kalau sos yg boleh digunakan lagi (dah cair tp blm expired) dimasak semula
Dalam industri kita panggil "rework". Ia boleh menjimatkan, tapi ada limit penggunaan. Sekitar 2% boleh ditambah.

Kenapa sos tomato cepat rosak (cair dan bau tengik) dibandingkn sos lain
Mungkin disebabkan puree tomato yang kurang baik atau proses terlalu lama. Perlu semakan lanjut.

Adakah isipadu sos perlu penuh dlm botol untuk mengelakkan headspace.
Kalau isi penuh pun, headspace akan terbentuk apabila sos tu sejuk kerana buat hot filling. Kalau isi terlalu penuh ia akan tumpah dan ganggu proses penutupan botol.

Kenapa sos dlm botol dibhgn atas berwarna hitam
Pembentukan pigment kerana tindakbalas kimia. Ini tak dapat dielakkan. Sebab itu setiap botol sos tomato ada kertas label ditampal di tengkuk botol tu. Tujuannya ialah untuk mengelakkan pengguna nampak warna hitam itu. Pigmen tu tak bahaya.