assalamualaikum..
first of all,maaf kerana lambat..hihi! got problem
with the internet...kadang-kadang boleh buka google account,kadang-
kadang tak..
alhamdulillah sekarang dah masuk minggu ketiga praktikal,kami dah agak
boleh terima cara bekerja di ramly.
hari pertama selepas daftar kami diberi pakaian seragam ramly iaitu
seluar,kot,facemask,tudung warna biru (untuk pekerja jabatan kawalan
mutu, pekerja dibezakan dengan warna tudung),apron dan juga but...wow
kalau datang sini,for sure korang takkan kenal kami..dah takde beza
dah dengan pekerja ramly..hehe..ok
ramly food processing ni sebenarnya
ada banyak produk selain daripada burger lembu/ayam dan juga nugget
yang biasa kita makan tu. ramly juga ada mengeluarkan produk nugget
tempura,nugget ikan dan juga nugget lembu. ada juga popcorn
ikan,alaskan pollocl fillet ikan.burger oblong lembu/ayam, frakfurter
lembu/ayam, daging kisar, drummet dan yang terbaru burger rasa
panggang ayam/lembu. baru je dilancarkan masa MAHA hari tu tapi takde
lagi kat pasaran. banyak lagi la produk ramly sebenarnya tapi saya
senaraikan sedikit saje.
pada mulanya saya dan aina diletakkan dibawah jabatan kawalan mutu
makanan. masuk hari keempat praktikal,saya ditukarkan ke bahagian
r &d (research and development.
hari pertama bekerja sampai hari
ketiga,kami hanya melawat kilang dan juga belajar cara untuk menjadi
seorang qc di kilang ramly..haha..kerja qc agak senang cuma perlu
berdiri lebih kurang 8 jam.
kalau di bahagian pembungkusan, kami perlu
check suhu untuk setiap produk setiap satu jam,check batch code,ukur
saiz dan diameter frankfurter, dan juga frying test (sekali dengan
sensory test,pastu makan.hehe).
kalau qc di bahagian
pemprosesan,setiap setengah jam perlu check suhu untuk batter wash
(untuk nugget crumb & tempura), suhu tempura (untuk nugget tempura)
dan juga frankfurter. kadang-kadang kena check pick up untuk produk.
kalau kerja bahagian proses ni memang kena basuh baju la tiap2
hari..hehe..biasanya aina la yang jaga bahagian proses,saya kat
bahagian pembungkusan.
sekarang aina hanya diberi assignment drpd penyelia kami. manakala
saya pulak hari2 menyediakan sampel burger lembu,burger
ayam,nugget,drummet dan juga frankfurter.sekarang ni ramly dalam
proses nak mengadakan flavour bagi drummet dan frankfurter (contohnya
drummet spicy. frank cheese dan banyak lagi la)..
baru2 ni saya dan lab
assisstant yg lain sediakan sampel burger lembu(untuk formulasi
standard,formulasi menggunakan meat extender, sweet & juicy beef
flavor,dan juga improver texture) ,burger ayam (formulasi standard,
chicken premium powder, dan juga meat extender) dan juga nugget TAPI
di reject oleh eksekutif r & d. sebabnya nugget kami terlampau lebar
dan nipis(tp sedap ok),burger lembu dan burger ayam pulak kena reject
sebab lemak sayur terlampau besar dan tak hancur. so kami kena la buat
semula. .
eh meat extender tu
digunakan untuk mengurangkan kuantiti daging dalam pada masa yang sama
mengekalkan kualiti produk. sweet & juicy beef flavour dan chicken
premium lebih kepada rasa la. sekarang ni saya dalam proses nk
menyediakan sampel frankfurter lembu, yg saya dengar agak mencabar
sikit la. yang mana kemungkinan utk saya bermandi frank agak
tinggi..huhu..kalau dalam r & d ni kebanyakan nya kena buat manual
la,pakai tangan. macam untuk forming,marinade, tumbling, salut dengan
tempura dan batter wash,semua tu pakai tangan. pagi-pagi kena ambik
sendiri bahan-bahan kat bahagian production. terpaksa la jugak mintak
dengan abang2 la semua tu ( sini ramai abang la).
oh tadi saya dah buat frankfurter tu tapi separuh jalan jer, sebabnya
fat emulsion berketul-ketul. dalam ramuan frankfurter ada digunakan
phospate TARI dan juga nitrite (packing powder),kalau phosphate tu
untuk binding tapi saya xtau ape funtion packing powder,ade sape2
boleh tolong? hehe. insyaallah esok resepi saya adalah frankfurter
lembu. ada sape2 nak tempah?
ok lah..tu jelah setakat ni..nanti saya update lagi ok..
p/s: dah muak makan nugget dan burger.. boleh dikatakan hampir setiap
hari kitorang makan. sebenarnya kena rasa jer (sensory test) tapi
kitorang makan terus.haha