23 March 2010

By Tatalya de' dolce at KOTA

Assalamualaikum w.b.t..

Hampir berbulan lamanya tak berkongsi cerita terbaru dari student praktikal food tech yang paling jauh pada semester ini..haha..(15 minit jer dari Maidam). Dalam tempoh yang lama menyepi ini, macam-macam aktiviti dan pengalaman baru dapat kami timba kalau tidak di Pertima Terengganu Sdn Bhd mestilah di UDM Kampus Kota. Oleh itu, izin kan saya mencoretkan sehelai dua lembaran pengalaman yang berharga dan tak mungkin dapat diperolehi di dalam bilik kuliah semata mata.

Bagai sirih pulang ke ganggang, kepulangan kami ke UDM Kampus Kota disambut meriah dengan kehadiran Pegawai Sains baru kita iaitu Puan Husna yang sangat baik hati. Semestinya kehadiran 5 srikandi dari Pertima ini bukanlah untuk mengganggu gugat keamanan Kampus Kota yang sedang sibuk dengan pembangunan bangunan baru nya. Bahkan dengan semangat yang berkobar kobar , langkah kaki diatur penuh berkeyakinan melaksanakan tugasan yang diberikan oleh Ayahanda tercinta Prof Dr Che Abdullah.

Bermula dari projek cili jeruk dan sos cili thai yang telah pun diterangkan oleh sahabat saya Nur Syamimi, kini bermula lah episode baru musim baru makanan berkaling a.k.a canning. Bersama sama dengan email ini saya sertakan sekali gambar retort dan seamer kita yang tak kurang canggihnya.

Meskipun masih dalam suasana barang baru, banyak cabaran dan halangan yang terpaksa kami harungi sebelum berjaya menggunakan mesin baru ini dengan jayanya. Masalah yang paling ketara adalah seamer yang masih tidak dapat berfungsi seperti yang diharapkan. Kasihan lagi terharu melihat penat lelah dan kesungguhan En Roslan dan En Faiz dalam merialisasikan impian kami menggunakan retort dan seamer.

Baru2 ini, pada tarikh bersejarah (15/3/2010 jam 2.30 ptg) kami telah diberi kesempatan menyaksikan sendiri keupayaan seamer dan retort ini beroperasi meskipun masih belum terjamin keberhasilannya. Pisang dipotong dengan cermat, air susu di campur dengan perisa strawberi. Itulah resipi ringkas tapi padat nan lazat yang berjaya dihasilkan. Setelah air susu bersama perisa strawberi ini dipanaskan (mcm wat pengat pisang je~~), sedikit demi sedikit ia dimasukkan ke dalam tin yang telah pun diisi dengan pisang yang telah dipotong. Bersedia untuk dikelim (seaming).

Namun, kita hanya mampu merancang, Allah s.w.t yang menentukan. Seamer tidak dapat berfungsi dengan baik. Masih terdapat sedikit ketidaksempurnaan semasa proses seaming ini berlangsung. Oleh itu, beberapa tin kosong telah menjadi korban. Tanpa mengenal erti putus asa, kami mencuba lagi. 1 per 1 tin dicuba, Alhamdullilah..ada perubahan sedikit. Namun hasilnya, habis baju En Roslan terkena percikan susu dan perisa strawberi dari dalam tin ketika tin dikelim.

Setelah 40 minit menunggu dengan sabar, usai sudah canning proses pada hari ini. Saat pintu retort ini dibuka, bau harum menerjah masuk ke deria bau kami yang berada di dalam makmal tersebut. Apabila pintu retort dibuka, nah!!! 1 tin terlopong tanpa penutup (lid) dan yang parah nya tanpa pisang dan kuah nya..opsssstttt!!where is the banana?? Tanya kami sesame sendiri.. serentak dengan itu, bergema lah gelak tawa kami kerana pisang telah hilang. Magic sunggoh retort kita kan kawan…=). Kami dapati penutup tin tersebut tidak di kelim dengan sempurna, sebab itu lah terbuka. Tak mengapa. Sesungguhnya setiap kesukaran disertai dengan kemudahan. Insyallah… Hari ini kami ke Kampus Kota lagi. dengan hasrat yang sama menggunkan seamer dan retort untuk menghasilkan 2 produk makanan berkaling iaitu keli dalam sos tomato dan kari ayam. Namun selepas siap proses exhausting di dalam retort, seamer pula tidak berfungsi dengan baik. Hasrat kami kali ini terbantut lagi. Tidak mengapa, esok masih ada...=)

Sekian dahulu coretan dari student praktikal Pertima kali ini. Sebuah cerita buat tatapan sahabat2 yang nun jauh di sana. Sampai berjumpa lagi di email2 yang akan menyusul nanti. Insyallah.. Bersabarlah menghabiskan sisa baki 3 minggu lagi sebelum berakhir nya praktikal kita ini.. Kemudian kita berjuang pula untuk menyiapkan report untuk pembentangan nanti.

" Sesiapa yang meminta kesabaran, Allah akan memberinya kesabaran" ( Al Bukhari)

Wassalam..