28 March 2010

Metal detector

kilang ini menerima satu bungkusan pes kacang merah dari jepun untuk dijadikan inti bagi satu produk yang bila sudah siap akan dieksport semula ke jepun. Persoalannya, knape ketika pemeriksaan besi dengan menggunakan metal detector .. bungkusan pes kacang merah ini perlu dibuka kotak dan dilalukan satu persatu ke metal detector ( 1 kotak mengandungi 3pek pes kacang merah, setiap pek dilalukan ke metal detector satu persatu). berbanding dengan produk laen seperti bungkusan chocolate(buatan malaysia) yang saya lalukan pada metal detector, pek-pek chocolate ini hanya perlu dibuka kotaknya sahaja tanpa perlu mengeluarkan paket chocolate tersebut satu persatu.


Selalunya metal detector boleh mengesan logam dalam makanan yang agak nipis bukan nya sampai tiga bungkus bertindih-tindih. Sebab tu jepun tu suruh masukkan satu persatu, bukannya tiga beg sekali gus dalam satu kotak. Kalau diukur ketebalannya mungkin sampai 6 inchi. Jadi depa takut alat tu tak dapat detect besi yang ada dalam beg kat tengah2 kotak tu.

Cuba awak baca spesifikasi alat tu. Berapa ketebalan maksimum yang di syorkan?
Alat tu untuk detect logam dalam makanan yang beku atau separa beku (cair)?

Alat nampak sama tapi keupayaan lain-lain.