24 February 2010

By Ikhsan - Saudi

assalamualaikum semua..

If i'm not mistaken, this will be my 2nd sharing about my practical program here in sg. Petani..actually i just come back from USM yesterday. 'holiday' di Penang yang sangat menarik kerana berpeluang berjumpa Dr. Danial Zainal Abidin dan Ust Syazali bagi sesiapa yang mungkin mengenali=). Sempat berkongsi pendapat dengan ustaz amat berminat dengan bidang makanan. Kuliah dia pun berkaitan klorofil(pokok hijau) yang merupakan sumber utama makhluk untuk terus hidup sehingga hari ini.

Okeh, that's only the introduction. cewah, macam banyak jer nak tulis. back to my experience here in 'saudi'..hari ini merupakan tarikh yang bersejarah apabila saya telah bertukar ke unit R&D daripada unit pembelian(purchasing) setelah hampir 2 bulan di sana. Sebelum ini dunia saya hanyalah di pejabat berhawa dingin dan dialas oleh kerusi empuk yang kadangkala 'mengorbankan' sy. Alhamdulillah, hari ini saya secara rasmi boleh masuk ke bahagian production yang selama ini sy hanya mampu intai-intai sahaja. many thing to share but don't know how to start.

Di bahagian R&D sy berpeluang berkongsi pengalaman dengan pelajar dari UMS yang mana telah hampir 2 bulan berada di sana. Sampai di bilik R&D sy diterangkan dengan mesin-mesin dan bahan-bahan yang ada disana. Disitu hanya ada 3 orang pekerja,En. Makhtar(boss) dan Mrs Toh(asst. boss). Tidak sempat berehat, saya telah diminta untuk mengambil bahan-bahan dari bilik stor seperti tepung parsley(40kg), breadcrumb(++kg) dan juga diarahkan mengambil chicken fillet di bahagian production. Kami diminta berbuat demikian untuk percubaan mengeluarkan produk baru secara industri kalau sy tidak silap. Jadi kali pertama menjejak kaki ke bahagian production yang agak besar. Justeru, sy dapat melihat hampir seluruh bahagian Production 5 yang menempatkan line production bagi produk burger, nugget dan lain2.

Baru hari pertama disini,timbul sedikit perkara yang mungkin menggelikan hati. saya terpaksa memakai pakaian supervisor untuk sementara waktu mengikut kata bahagian QC kerana lab coat yang digunakan oleh jabatan kami masih dalam proses pembelian. Bagaimanapun, ketua2 sy tidak bersetuju dengan aturan ini disebabkan masing2 takut akan ditanya oleh GM kerana pakaian sy ini. So, akhirnya sy akan menggunakkan lab coat kawan dari UMS itu kerana dia akan ditukarkan sementara ke bahagian pembelian menggantikan tempat sy.

Hari ini agak mencabar dengan suasana kerja baru sehinggga membuatkan sy penin kepala sehingga isyak tadi. Ini mungkin disebabkan agak keletihan kerana berdiri hampir seluruh hari pada hari ini. Mungkin juga mual dengan bau ayam yang sy terpaksa potong kecil2 seberat 15-20g secara manual sehingga 20kg. Lebih kurang pukul 4.30 baru selesai memotong dan menimbang hirisan2 ayam itu. Kemudian,sy menyertai dan mempelajari proses 'sensory testing' yang sudah familiar bagi kawan dari UMS ini yang akan dilakukan di dining room. Berbeza dengan dia,bagi sy ianya merupakan perkara baru. Kami dikehendaki menghidang produk baru mereka, chicken flattened yang telah kami goreng ke dalam lebih kurang 10-12 piring bagi tester yang biasanya dijemput dikalangan ketua2 jabatan.

Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar namun kami terpaksa balik lewat kerana mengemas dining room dan bilik memasak kami. Hampir pukul 6 baru sy 'punch card' keluar. Setakat tu sahaja perkongsian yang tidak seberapa dari kilang Saudee. Moga dikurniakan kesempatan untuk sama2 kita berkongs pengalaman masing2. Actually, purchasing department is vital too. maybe later i will present it.tak sempat la nak tulis. tadi pun dah congak2 nak buat report ni,katanya perlu submit 1st dekat HR sebelum quit dari praktikal ni. jumpa lagi.

ikhsan khalid bumi hijau Saudi, 40'c Sg,Petani

++ maaf, kerana menggunakan 'double language' dengan izin=)