02 February 2010

Q&A on tomato sauce

Apa akan terjadi kalau sos yg boleh digunakan lagi (dah cair tp blm expired) dimasak semula
Dalam industri kita panggil "rework". Ia boleh menjimatkan, tapi ada limit penggunaan. Sekitar 2% boleh ditambah.

Kenapa sos tomato cepat rosak (cair dan bau tengik) dibandingkn sos lain
Mungkin disebabkan puree tomato yang kurang baik atau proses terlalu lama. Perlu semakan lanjut.

Adakah isipadu sos perlu penuh dlm botol untuk mengelakkan headspace.
Kalau isi penuh pun, headspace akan terbentuk apabila sos tu sejuk kerana buat hot filling. Kalau isi terlalu penuh ia akan tumpah dan ganggu proses penutupan botol.

Kenapa sos dlm botol dibhgn atas berwarna hitam
Pembentukan pigment kerana tindakbalas kimia. Ini tak dapat dielakkan. Sebab itu setiap botol sos tomato ada kertas label ditampal di tengkuk botol tu. Tujuannya ialah untuk mengelakkan pengguna nampak warna hitam itu. Pigmen tu tak bahaya.