Assalamualaikum n selamat sejahtera ...
Seronok dengar cerita kawan2 yang berpraktikal di serata negeri. Tapi kami yang berpraktikal di pertima tak kurang juga menarik ceritanya meskipun diistilahkan "terlalu jauh" sangat dengan kampus kota ni.
He2... Seminggu 2 ni kilang kami perlu direnovate sempena nak menyambut kedatangan Menteri Besar Terengganu... Kebetulan tempoh renovation masih lagi dilanjutkan sehingga ke suatu tarikh yang akan diketahui kelak, maka kami telah mendapat tugasan terkini setelah mendapat mandat dari Yang Berbahagia Prof. Dr Che Abdullah... He2..
Tanggal 21 februari 2010 (Ahad), kami telah bergegas ke kampus kota setelah mendapat panggilan kecemasan dari Pn Norlia jam 10 pg. He2, maap yer pn Norlia... (Pn Norlis: hehehe.. nasib baek sempat wat panggilan kecemasan..kalu x dah bertebaran balik kg dah masing2)
Kami telah melawat ke bilik baru Fakulti Teknologi Makanan di tingkat atas bangunan bendahari untuk bertemu dengan En Roslan. Kebetulan Encik Roslan tengah bz dengan tugasan yang perlu dihantar hari tu jugak, maka kami telah mengambil keputusan dengan meng"interview" pensyarah2 kat sini kerana lama tak berjumpa..
Cewah.. Atas kerjasama Pn Norlia, kami mendapat tempat untuk menetap di bilik sensory. Thanks a lot Puan. Luv U.. Kami jugak mengisi masa lapang dengan melayari ternet kat lab sensory foodtech.
The task begins... Tepat jam 3 petang, kami telah berjumpa dengan ayahanda Prof Abdullah untuk bertanyakan ttg apa yang nak buat untuk mengisi kelompangan masa kami? Maka Prof pun berkata " he2... relax la dulu.." (bt ayat sendiri ni, prof x kata paper pun) Prof tengah khusyuk tengok group foodtech heroes kita ni. Betapa caringnya "big boss - ayat Dr Maarof" kita ni sampai stp hari at least 4 kali Prof akan melawat blog kita.
Kami telah berbincang dengan Prof ttg projek2 yang boleh dibuat untuk membantu rakyat Terengganu selain untuk menjadikan UDM ni sbg Pusat ECER untuk menghasilkan produk Halal. Hari ni kami hanya berbincang kasar tentang produk2 yang boleh dibangunkan dan kami perlu mencari maklumat tambahan tentang jeruk, cili, dan tempoyak.
22 Februari.. Pencarian maklumat bermula... Kami telah mencari produk- produk yang berasaskan cili yang boleh dibuat apabila harga cili jatuh terlalu rendah. Mengikut cadangan, cili tersebut boleh dijadikan jeruk dengan merendam dalam brine solution.aktiviti ini dilakukan apabila harga cili jatuh telalu rendah dan cili tersebut boleh digunakan semula apabila harga terlalu tinggi bg cili dicatatkan. Kami membuat perbincangan berkumpulan mengenai jeruk, cili dan tempoyak. Bagi jeruk, kami telah mencari jenis2 buah yang terdapat di terengganu yang mudah dibuat jeruk seperti buah pauh, cermai, kereteh, kedondong, betik, kabung etc..
Kami juga mencari alternatif lain untuk menjadikan sayur sebagai jeruk cm lobak, sengkuang, terung etc. Bagi produk berasaskan cili kami mencadangkan untuk membuat cili potong, smoked chillies, sambal belacan, cili jeruk. Menurut kata ayahanda Prof, masih belum ada lagi sambal belacan yang ditinkan secara besar2an kt Malaysia ni. Tempoyak pulak dapat dihasilkan more varieties depend on the states cm rasa tempoyak kat Negeri 9, Pahang, Terengganu, Kedah, Kelantan, Perak adalah lain.. Ada yang memasukkan pelbagai jenis daun dalam tempoyak cm daun kaduk, daun pokok letup2 dan banyak lagi ulam2 yang memberikan rasa yang berbeza dan sedap.
Wow, so many project to be run for Final Year Project. Prof cakap idea2 ni boleh digunakan untuk run kita nyer FYP. Jd saper2 yang berminat boleh lah ambil topik2 ni. Jika kawan2 berjaya buat projek ni, ia akan dibukukan sebagai buku resepi dan digunakan untuk menolong rakyat Terengganu untuk menjadi usahawan secara kecil-kecilan. jgn lupa, UDM as the center of ECER.
23 Februari, kami telah membeli pelbagai jenis cili yang terdapat di pasar. 4 jenis cili dibeli iaitu cili padi, cili burung, cili merah besar dan cili nak bt lada solok. Kmi juga telah search maklumat tentang cara pembuatan tobasco sauces yang kita makan kt pizza hut tu. sebab rasanya sedap, kami cari cmner method yang digunakan untuk bt sos cili tobasco. Cili tobasco ni ingredientsnya hanya 3 jer iaitu cili tobasco, garam dan cuka. Mula2 cili yang masak akan dipetik, kemudian di"mash"kan dan ditambah dengan garam. Untuk pengetahuan sumer, cili ni akan disimpan di dalam ton kayu dari pokok oak selama 3 tahun. Kemudian barulah dimasukkan cuka dan diperam lagi selama sebulan. Kulit dan bili cili akan dibuang.. Packaging akan dilakukan apabila cili ni dah siap diperam untuk suatu jangka masa yang panjang ni..
Kami juga telah menjalankan eksperimen nak bt jeruk cili dengan membuat brine solution. Nisbah yang digunakan adalah 4:1. iaitu 4 brine solution dan 1 cili. For preparation of brine solution, 20% of salt is used and 80% of pure water is needed. Eg; 100g water. 20g salt. Masalah yang dihadapi kat sini adalah cili akan timbul dan tidak tenggelam bila diletakkan dalam brine solution ni. Rasanya myb disebabkan perbezaan ketumpatan ni sebab tu cili leh timbul. Leh x saper2 yang leh tolong fikirkan mcm maner nak jadikan cili tu terendam dalam air garam??? Sapa yang leh fikir idea tu memang tabik spring laa... idea yang terfikir adalah dengan meletakkan air yang diisi dalam plastik dan dimasukkan dalam bekas untuk menindan cili supaya tidak timbul. (idea prof n kami suma)
He2, yang kelakarnya masa nak letak plastik dalam botol kecil, tak der plastik kecil. Cari punya cari akhirnya kami terpaksa menggunakan plastik gloves tangan yang ader. Bila diisi air, kami isi pada ruangan jari gloves lutsinar tu.. He2 mcm2 la yang terfikir. Ader jd cm bentuk belon la.. etc.. keh2
One more last question (u Pn Norlia) nk tnya tentang teori simple jer. Kalau dalm satu solution kan ader solute and solvent. Katakan prepare 20% solute. kalau letak 20g garam dalam air 80g, dan 20g garam dalam air 180g, adakah kandungan solute dalam solution tu sama??? Setahu saya kandungan garam dalam air adalah sama dan tidak dipengaruhi oleh kandungan air yang berbeza. Cuma air garam akan jadi lebih pekat dan cair jer. Tapi mcm mana pulak kalau kita prepare 100g solution tapi yang kita guna hanya 80g jer solution tu. Adakah % solute tu akan dipengaruhi???
Anyway.. Maapyer tulis panjang.. Msti malas nak bacer kan.. Tapi terlalu sedap menulis sampai x sedar. Thanks for da reading yea...