25 January 2010

By juaini - Pertima

assalamualikum semua.. lama dah x bercerita, 'busy' skit 2 minggu ni..

insyaAllah,sy nak share apa yang kami buat kat PERTIMA dlm 2 mggu nie.. okes, sy mulakan cerita LI sy seterusnya bismillahirrahmannirrahim..

setelah 2 new products kami selesai dibuat (skrg tggu tuk wat analysis kat mkmal UDM), kami
buat research, anlysis,etc.. datang pagi2, kalu sempat, kami check suhu 6 bilik sejuk dan 2 thawing rooms using laser thermometer..mudah je penggunaannya, hanya tembak laser thermometer ke dalam bilik sejuk/thawing room, suhu bilik akan terpapar pada skrin thermometer..

ini lah pertama kami kami pelajar LI di PERTIMA menggunakannya..kalu kami x sempat buat sbb sampai lambat (selalu je jam teruk atas jambatan sultan mahmud walaupun bertolak awal dari KUSZA), 2 lagi pelajar practical UITM Shah Alam akan buatkan (tu kalu mereka smpai awal)

selain tu kami juga buat 'swap test', guna 3 cecair tuk kesan tempat2 dalam kilang bersih atau x..semer ni di buat sebelum semer pekerja masuk, sbb kalu pekerja dah masuk kilang, setiap alat seperti nozel, besen, tempat filling kan di bilas air biasa/air panas sebelum digunakan..so x dapat lah detect samada tempat itu bersih atau tak bila ditinggalkan hari sebelumnya.

selepas tu kami akan ambil 3 tin sardin yang di buat pada hari sebelumnya. kami akan timbang, check vacuum, ukur headspace, timbang net weight ikan tanpa sos,kira weight loss, check pH dan Brix sos tomato sardin tu..

selain tu kami kan buat sample sardin 3kali sehari(pagi, tghari, petang) tuk tgk nilai weight loss sesuai atau tak..pastu, kami kan tunggu sos tomato dlm kawah masak, kmi akan check pH, Brix,suhu dan kadang2 rasa sos tu samada sesuai atau tak..

semua mklumat tu kami akan catat dalam notebook dan transfer pada borang2 yang perlu diisi dalam bilik teknologi makanan.

kmudian kami ke filling area, precook, sos, seaming, cooling, retort hingga pembungkusan.. ahad n isnin minggu lepas, hampir semua pgwai dan staff pjabat ad kursus ISO, dan kami plajar practical menjadi sumber rujukan/ pertanyaan pekerja2 dlm kilang...

satu pengalaman yang baru buat kami, merasa sendiri berada dlm situasi orang2 kuat kilang bekerja, dan melatih kami agar lbh bersabar dgn dugaan mesin seaming tin beberapa kali jam..jenuh juga nak tunggu dibaiki, dan kami jdi penunggu setia melihat pkcik khalid membaiki mesin bersama pkerja2 lain..

time ni memang kena alert,kami akan check suhu ikan yg dah kluar dari precook berkali2, sbb kalu bawah 75'C, semua ikan2 tu kan di bawa ke bahagian filling semula dan dimasukkan semula untk precook..

hari rabu pula, kami ber5 (2 pljr UITM cuti) diminta ke bilik meeting tuk buat sensory test berbagai jenis sardin dlm pkul 3.30ptg..masuk jer blik meeting, semer dah terkejut..mana tak nya..atas meja meeting ad 15 pinggan ikan sardin, penuh plak tu..fuh, nak kena rasa semer ke nie??

nasib baiklah pgwai foodtech masuk bgtau kami kena rasa 10 jer yg tertulis nombor & isi dlm form, kalu x ada jugak yg muntah2 kat situ..oppss,kenapa plak sy kata muntah2 ni?? gini critanya..untuk kami rasa 10 jenis sardin, setiap seorg di beri piring n sudu..

mula2 tgk sardin2 tu pun kami dah fikir macam2, belum makan lagi tu..ad ikan yg sgt2 besar, ad yg kecik sgt, warna ikan pun ada yg pelik2 je warnanya,kuah merah pekat ada, cair mcm letak air pun ada, siap ada 1 tu kami tengok mcm kuah daging yg ada lapisan putih lemak kat bhgian atasnya..ish3..kalu bukan kerana sensory test ni, kami xkan tahu semer nie..nama jer sama 'SARDIN', tapi berbeza antra 1 sama lain.. 10 sample ni semua yg famous2 kat pasaran..rasa sos+sardin pun pelik2 jer..mcm x percaya tu sardin yang dijual kat pasaran..mcm mana lah orang Malaysia bleh terima semer tu (termasuk sy) & keep buying the same brand...

em, pengalaman yg sy x boleh lupa, bila rasa 1 sample nie, time2 tu jugak saya nak muntah..x pernah lagi saya rasa sardin smpai nak termuntah..ni 1st time..ermm,rpanya bukan sy je, tgku, mimi, lea n nana pun sama..nak evaluate 10 smple tu, kmi ambil masa hmpir 1 jam! masyaAllah, lama tu..kalu jadi juri prtndgan masakan ni, mmg peserta2 boleh naik angin ngan juri mcm kami..

tapi nie lah namanya 'pengalaman mengajarku erti kehidupan'..mmg mengajar kami agar lebih alert, dan as food tchnologist kami kena amik risiko tuk rasa byak jenis sample, baru lah kami mampu tuk hasilkan product baru yang lebih2 baik..insyaAllah..

okey, nie semer criter yg berlku mggu lepas..insyaAllah, nnti sy kan kongsikan apa yg kami buat minggu nie plak.. semoga kawan2 semua tabah kat sana, walaupun buat perkara yg sama jer, kita kena ingat..suatu hari nnti kalu itu yg kita hadapi, jgn slahkan takdir..sbb semua itu perancngan Allah, Allah nak kita rasa susah dulu, baru diberikan kesenangan yg berganda2..kalu bukan kat dunia, insyaAllah di akhirat..

k des, izin laluan undur diri dulu semer..wassalamu'alaikum wbt..

______________________________________________________
Respond from Prof...

Selalunya kalau buat ujian sensori jumlah sampel maksimum ialah limaje. Lepas tu kena rehat 1-2 jam sebelum uji sampel lain. Di antara setiap sampel tu kena bersihkan mulut dengan air. Kalau tidak deria kita akan jadi tumpul atau "fatigue".

Suhu diukur dengan "infrared thermometer" bukan dengan laser. Bila buat ujian bakteria tu kita buat "swab" bukan "swap".