salam.... hari ini kita dengar cerita pasal ramly plak..
first and second day syak dan nurul kena pergi orientasi dulu.... cm waktu sekolah dulu-dulu.. semua pegawai dan eksekutif bagi taklimat tentang department masing2.. kami siap buka akaun KWSP waktu orientasi... waktu tu ada 9 orang student LI kt ramly, 6 org maintenance dari IKBN, 1 dr UiTM dan kami 2 orang.. kami ditempatkan di bahagian yang berbeza...
nurul kt bhgn R&D dan syak kt bhgn QC... tapi yang sedihnya kami tak dapat pun masuk production line.. sebab kami tak dapat uniform lengkap ( dapat labcoat je ).. kalo pergi production lines pun, dapat tengok-tengok je, tak boleh tolong... disebabkan kilang ramly ni produk frozen, suhu dlm kilang capai <15 oC...sejuk sampai menggigil... lot 1&3 buat burger, nuget dan frankfurter, kadang-kadang buat ayam goreng bersalut dan kepak ayam bersalut...lot 2&4 buat burger sahaja... produk kat sini dibuat ikut jadual...
sejuk pun dlm kilang je...kt luar kilang panas terik... sbb perubahan suhu tiba2, kami selalu pening kepala dan rasa nak demam....
sebab ni frozen product, mestilah kita kena monitor suhu.. biasanya QC kt sini akan check daily core temperature (environment dalam kilang) setiap jam, suhu spiral freezer pun diambil setiap jam dan direkodkan untuk menjamin kualiti setiap daging burger, nuget dan sebagainya.... QC jugak akan buat sensori product yang dihasilkan setiap 2 jam.... ada banyak lagi yang QC perlu buat setiap kali production dijalankan...check bahan mentah, check metal detector setiap 1/2 jam supaya dia berfungsi dengan baik dan lain2 lg la.. yang bestnya jadi QC ni, dpt rasa product untuk setiap batch, product yang belum keluar kat pasaran pun kami boleh rasa... hehehehe cukup setakat ni.. nanti syak update lg.. wassalam