18 January 2010

By Redha - Liasara

Assalamualaikum….

Hari nie genaplah hari ke-10 kita semua berpraktikal..tp mungkin ada setengah orangg hari ke-9 sebab cuti dua hari kn.tapi bagi saya, hari ini adalah hari ke-11 sebab sepanjang minggu nie kilang kami terpaksa mengantikan cuti kami pada hari lain memandangkn banyak kerja yang perlu dilakukan.

sekarang giliran saya nak bercerita prof..mungkin saya antara yang paling dekat dan tak banyak masalah dengan tempat tinggal dan suasana persekitaran. Setibanya saya di kilang liasara disambut dengan mesra. Alhamdulillah saya dapat menyesuaikan diri walaupun kebanyakan pekerja adalah perempuan..hehe..semua budak lepas SPM. Nasib baik diorang peramah, takde lah malu sangat nak buat kerja.

Mungkin kebanyakan kawan-kawan semua pergi tempat praktikal sebagai orang bawahan, pekerja kilang, buruh dan kerani dlm pejabat tapi saya lain sikit.. Setiba saya di sana disambut sebagai seorang pegawai teknologi makanan. Walaupun ilmu masih cetek dan kurang pengalaman tapi semua pekerja sudah mengangap saya sebagai orang kedua dalam kilang tue.

Untuk pengetahuan prof. kilang Liasara nie diurus dan diketuai oleh seorangg director jer. Dia lah yang jadi QA, dialah yangg jadi QC, dialah yang urus bahagian purchasing, dialah yang urus tentang maintenance, dialah yang urus tentang petty cash untuk beli bahan-bahan, dialah yang buat R n D, boleh kata dialah yang uruskan semua. Bahagian mengarah dan memarahi pekerja pun dia. Memang semua benda lah dia buat untuk kilang nie dari A sampai Z. dalam pejabat dia sorang jer yang duduk. Kiranya hadir saya nie mungkin boleh mengurangkn beban dia. Sehinggakan saya lah orang kedua yang pegang kunci pejabat. Memang besar tangungjawab saya untuk kilang nie dengan ilmu dan pengalaman yang cetek nie.

Kilang Liasara merupakan kilang yang menghasilkan frozen produk spt samosa, karipap, martabak, spring roll dan breaded banana. Walaupun kilangnyer kecil sebesar lab makanan kita tapi kelengkapan semua sudah mencukupi dan kilang ini telah mendapat sijil HACCP dan telah diaudit untuk kali yang kedua. Produk kilang ini telah mendapat tempahan sehingga ke dubai dan antara pelangan tetap dia adalah syarikat penerbangan. Kiranya produk diorang dah naik flight lah.hehe..

Memang mula-mula saya sampai kat kilang nie rase macam tak best jer. Mula-mula kan. Rase nak jer terus habis praktikal nie. Nak jer esok tue terus 15hb april. Memandangkn dengan masalah yang banyak setibanya saya di sini. Memang besar lah dugaan. Memang banyak lah kerja, banyak challenge sampaikan kami takde cuti minggu nie. Kita semua daftar untuk praktikal ni 4hb (birthday saya nie, ingat semua kawan- kawan..ingat tarikh nie, tarikh kita mula praktikal untuk 1st time pada birthday saya..hehe) dan seminggu kemudian kilang nie akan diaudit oleh pgawai dari sirim untuk pensijilan HACCP kali kedua. Memang stress sangat. Memang kami sibuk betol. Disebabkn director kilang nie sorang jer, dah la dia prempuan tapi saya respect lah dia sebab dia mampu bertahan dengan keadaan di sini. Kalau saya memang confirm dah cabut dengan tekanan keje yang besar nie.

Semua dokumen untuk HACCP, GMP dan Halal dia buat sorang jer. Bayangkan betapa susah dan pressurenyer. Seperti yang kita tahu untuk HACCP, satu kilang tu mesti ada HACCP TEAM kan. Baru menjadi kilang tu. Tapi kat sini akak nie sorang jer yang buat untuk documentation nie. Semua benda dia yang uruskan. Kiranya saya datang nie mungkin boleh kurangkan beban dia. Saya tolong menyiapkan beberape dokumen walaupun tak berapa faham sangat sebab ni secara praktikal kita apply sedangkan sebelum nie kita belajar teori jer. Saya juga cuba berkongsi idea dan memberi pendapat seberapa yg boleh.

Bayangkan 5 hari sebelum audit, 1 fail pun tak siap. Fuuh memang pressure la saya kat sini. Kalau orang lain memang boleh naik giler nie. Bayangkan prof bagi kita 1 assigment tapi assigment ni kene buat by group dan kene sudmit dalam 1 minggu dan kita pun takde idea nak buat dengan kawan segroup. Bayangkan lah. Mesti pressurekan. Tapi lagi tertekankan bila assigment nie kite kene buat sorang diri.. bayangkan sendirilah kawan2 ku..hehe. Ingat lagi tak assigment food processing yg prof bagi mase sem 4 dulu. Pressurekn time 2 (tapi biasa lah, kitakan student,hehe).. tapi bayangkan yg kat sini 2x pressure dia. Haha. Memang perit nak buat dokumentation nie.

Tapi Allah mmg adil dan dia tau kemampuan kita nie sebagai hamba Dia. Sebab tu saya ditakdirkan untuk datang ke kilang nie. Allah Maha Mengetahui. Alhamdulillah sy dapat tahan dengan semua tekanan nie. kalau nak ikutkan mmg serabut kepala tapi kita mesti sabar dan redha dgn segala ketentuan Allah ni sebab kita hanyalah seorang hamba. 5 hari sebelum audit 2 memang banyak betol masalah dalam kilang nie. Time tu la jugak freezer, chiller, blast freezer nak rosak. Fuuuh mmg pening nak fikirkan.

Storage mrupakan CCP bagi produk dalam kilang nie. kalau storage dah rosak confirm tak lepas sijil HACCP nie. Dia punya temperature sensor dah rosak. Suhu dalam freezer menunjukkan suhu 760C tapi dalam freezer room tu suhu sejuk jer. Memang kalut lah time tu tapi alhamdulillah, Allah makbulkan doa dan freezer dapat dibaiki 2 hari sebelum audit. tapi banyak lagi challenge yangg kami tempuhi dan alhamdulillah kami dapat harungi. Bila lepas hari audit, hari isnin lepas..kami semua dapat mnarik nafas lega.

Tapi sebenarnya perasaan lega nie kami boleh rase kejap jer. Dalam kesibukan menyiapkan diri dan kilang untuk hari audit, kilang ni mendapat tempahan yg sangat banyak. Salah 1 tempahan datang dari Barbados. dan produk mesti disiapkan dalam masa seminggu. Mmg sangat sibuk. Semua pekerja terpksa bekerja sampai lewat malam. Sampai hari nie, sudah 3 malam pekerja2 terpaksa balik selewat pkul 11 malam dan datang pukul 8 keesokkannyer.

Mmg saya bersimpati dengan diorang semua dengan kerja yg banyak, kene marah lagi dgn director 2, dan kene marah dgn ketua diorang lagi.. mmg hangat lah suasananyer. Mmg dgn sy sekali terasa bila dimarah. Tapi hati mesti tenang dan sabar. Tapi nasib baik budak- budak pekerja ni dapat tahan dan biasa dgn keadaan ni walaupun gaji mreka tak lah besar sangat. kalau sy, confirm esok dah tak datang keje.

Selain 2, sy ni jugak terpaksa menjadi pendengar yg setia untuk akak director 2. Mmg macam-macam hal dia cerita. Macam-macam masalah. Dari mslh kilang hingga lah masalah peribadi dia. Bila dia tension dengan kerja kat kilang dan dengan order yang banyak datang bertubi-tubi dia terus melenting..mcm2 hal lah. kalau tengokkan, mcm sy jer yang kene marah.

Tapi Alhamdulillah sy dapat mengharungi segala cabaran nie dan CHALLENGE ni. Setakat hari nie, saya hepi dapat kenal dengan semua orang kat sini walaupun pada awalnyer rase macam takleh tahan jer tapi memang perjalanan yang Allah bagi untuk kita adalah yang terbaik dgn kemampuan kita. Semalam dapat jugak saya praktikkan apa yang kami belajar untuk bakery sem lepas memandangkan semalam kami buat dough untuk karipap. Boleh lah cerita sikit pasal tepung2 ni, apa tu gluten..hehe. sekarang saya dah pakar nak gulung samosa, spring roll Cuma untuk mengelin karipap jer kurang sikit. Maklum la kene guna seni dan kelembutan. Biasa lah lelaki kan.

Rasenyer dah banyak saya bercerita tentang pengalaman sy nie..mungkin sampai sini jer dulu pengalaman tempat kerja sy di kilang Liasara ni. Dan satu lagi prof..saya berharap sangat dapat belajar cara-cara nak guna mesin dalam lab analisis makanan. Kalau boleh sy nak belajar semua jenis mesin analisis 2..sy ada sms abang roslan untuk ajar cara- cara guna. Dia ada cakap nak ajar budak-budak praktikal yang kat pertima ni.. so saya ingat nak join sekali nanti. Tapi abang roslan taj balas pun sms tu. Mungkin dia sibuk nak siapkan master dia. Tapi saya wakil kelas berharap lah dapat belajar untuk menjadi lebih mahir tentang penggunaan mesin tu nanti. Mmg sangat bergunalah untuk kami semua nanti. Harap bukak sem 7 nanti dalam sehari atau 2 hari, kami semua dapat lah belajar cara nak guna mesin2 dalam lab tu nanti. Harap kerjasama prof.