Assalamualaikum semua
Kteorg nk share sedikit bingkisan dr ceramah yg tlh diadakn di BH sabtu lalu. Ceramah ni diadakan sebulan sekali selama 1 jam pd waktu pg. so sbrg aktivit postponed la waktu tu.
Kami xtau tajuk ape sbb ustaz yg sampaikn ceramah tu terus buka muqaddimah tnpa tajuk. Mudah2an kita same2 m’dpt manfaatnya.
“ Semua pekerjaan yg kita buat adlh pahala. Apa yg pntg adlh niat. Jika niat baik, pahalalah ganjarannya, jika sebaliknya maka dosa la balasannya. Contohnya, kita luka sbb terlanggar forklift tp jika disertakan maki hamun, kita xdpt apa2. Pahala pn xdpt, malah luka lagi. Sebaliknya, klu kita ikuti dgn mnyebut kalimah Allah spt ‘Innalillahi wa inna illaihirajiun’ maka luka tu tetap akn luka tetapi InsyaAllah akn sembuh bahkan ditambah oleh Allah ganjaran pahala. Setiap titk peluh yg keluar hasil dr kepenatan mencari rezeki yg halal (mklumla kt tmpt sos mcm sauna), maka Allah mencatatkn ganjaran pahala yg tidak terkira. Walau di mana kita berada, asal niat yg betul, pahala sudah menunggu untuk kita kerana Allah menjadikan mne2 kebaikan dlm Islam sgt luas.
Setiap kebaikan yg dibuat pd sesuatu yg bernyawa (roh), akn dpt pahala. Kebaikan bukan tertumpu dlm masjid saja, ttp di mana2 saja boleh krn ruang kebaikan yg disediakan Allah sgt luas. Buat kebaikan kpd org bukan islam, org miskin, haiwan dan sebagainya, Allah telah menjanjikan pahala untuk mereka. Hatta menyuapkn nasi ke mulut isteri boleh pahala. Seperti juga kisah wanita pelacur yg telah memberi minum kpd anjing. Allah tetap menjanjikan ganjaran pahala. Nabi menyebut semua org boleh masuk syurga kecuali org yg enggan masuk syurga. Nabi kemudian ditanya siapa yg enggan masuk syurga? Nabi menjawab iaitu klu dia taat kpdku, maka dia akn masuk syurga, jika dia tdk taat kpdku, maka sebaliknya. Musibah yg berlaku pd hari ini spt gempa bumi, bnjr besar dan lain2 bencana menunjukkan betapa manusia lemah di hadapan Allah. Walaupn berbagai2 kajian telah dibuat, namun apabila berhadapan dgn ujian Allah, tdk ada seorg pn yg mampu menghalang. Jadi, jawapan kpd ujian Allah adlh jangan bangga dgn apa yg kita sudah buat, tp harus bertakwa dan bersabar. Justeru, jgn sia2kn nikmat kemudahan yg telah Allah berikan kerana semua yg ada pd anggota kita adlh pinjaman. Semua nikmat yg dberi adlh milik Allah. Hari ini ada tgn, tibe2 esok tgn terkena mesin sekelip mata sj hilang tangan.
Jadi, tunjukkan rasa cinta kpd Allah kerana 1 pahala yg kita buat, 10 kali ganda Allah akn bagi kerana Allah Maha Pemurah. Masa yg Allah bagi tidak panjang, tetapi peluang untuk buat pahala yg Allah telah sediakan sgt banyak walaupun ketika bersendirian.” Wassalam.
Renung2kan dan selamat beramal!!