10 January 2010

By Nurjuaini - Pertima

Assalamualaikum wbt.. izin laluan semer..orang 'paling jauh' nak cerita gak nie..

alhamdulillah, dah 4 hari berLI kat PERTIMA TERENGGANU SDN BHD sabtu ni sposely ada production, tapi sebab kami prctical students, pngurus kilang kata x perlu datang lah.. katanya kami bukan bekerja kat PERTIMA, jadi kami diberi 'kelepasan' untuk tidak menghadirkan diri..=>

setiap pagi sy n tengku naik van udm (7pagi) kat kusza (6.45 dah turun umah) kemudian gi kota amik lea n mimi, ke kilang..nana datang kilang dengan motor, dekat je umah nya dengan kilang..

masuk 8.00 pagi, tapi yang bestnyer boleh balik kalu production dah abes.. n selalunya, 2.30ptg dh abes production, jdi kami semer kan balik awal lah..=) dah 4 hari ber LI, 'punchcard' meroh sokmo sebab balik awal..

1st day masuk, pengurus kilang, En.Zarif smbut kami n minta kami terus bkerja.. En.Zarif ni adalah org yg sama kita jumpa n sambut kita time 'praktikal pengetinan sardin' sem 4 dlu.. 2 hari pertama, kami ditempatkan kat filling area.. minggu nie, kami mengetin daging bebiri korban tanpa tulang (daging dari Mekah dan debone di Kedah), untuk diexport dan diagihkan ke seluruh negara2 miskin secara percuma..

alhamdulillah, pengalaman yang cukup berharga, sbb ni lah 1st time berada dlm situasi berbau kambing selama seminggu! balik dari kilang bukan family je gelakkan, pkcik van yg kami naik pun xhabis2 usik kami bau kambing..ish,ish,ish..sabor je lah..=>

slpas 2 hari, kami cuba kat bahagian lain pula..ada yg check suhu daging, jaga bah.seaming, adun ramuan,timbang dging.. dlm 2 hari nie, sy jaga bah.seaming, mula2 tengok apa yg pkerja tu buat b4 seaming, time seaming n slpas seaming,kmudian sy pula yg buat (letak penutup je lah) selain tu, blajar juga cara mengira seam tin dari pkcik khalid(org yg ajar kita dulu kt pertima sem4), sama ada sesuai atau x digunakan dan belajar buat ramuan untuk dicampur dengan daging sebelum dikisar dan di tinkan..kemudian blajar baca graf bulatan dan tgk apa berlaku pada retort berdasarkan graf tu..

tadi pula, sy masuk kat stor bahan mentah, jumpa dengan ketua stor dan timbang bahan tuk dijadikan ramuan yg akan dicmpur dgn dging.. sekejap je menimbang ni, tapi best sbb boleh belajar perkara baru kat kilang..selpas tu gi bah.filling smula sbb x cukup pkerja.. dging korban ni mula ditin 2 bulan lepas..jadi djangka ahad ni lah last day kami semer 'main' ngn kambing..slpas tu mby ikan sardin..

insyaAllah,nnti sy share lgi apa yg dibuat spanjang LI kat PERTIMA.. sy harap semua gembira dengan kerja yang dibuat.. think +ve, InsyaAllah evrythings would bcme smooth n fine..kerja kita adalah salah satu dari cabang ibadah,niat kan kerana Allah, semoga redha dan rahmatnya bersama kita semua.. wassalamua'laikum wbt..