18 January 2010

By Nurul - Ramly

Assalamualaikum semua....

Hari ni turn saya pulak nk share pengalaman di Ramly Food Processing... memandangkan Syak dah cerita hari first kami kt sini, saya nak cerita pasal R&D dept. pulak.... dekat R&D dept. ni cume ada seorang Executive and Seorang pembantu...bila saya masuk jadilah 3 orang.. selama 2 minggu nie dah banyak yang saya buat... mula- mula jumpa dengan Executive tu, dia dah siapkan schedule untuk saya ikut sepanjang LI...

2 minggu pertama merupakan minggu pengenalan...saya kene turun kt production untuk dapatkan list mesin-mesin, bahan-bahan mentah serta fungsinya sekali, dan senarai nama semua produk keluaran ramly...so, untuk dapat maklumat tu saya kenelah turun production dan tanya sesiapa saja yang ada kt dalam tu...abang la (bangla) pon tak terkecuali... memang betul la prof cakap kat Ramly ni banyak bangla.. hampir semua pekerja lelaki kat sini bangla..bila masing-masing dah pakai face mask nak bezakan yang mana satu melayu pon susah...heee...


selain daripada buat keje tu..saya juga ada tolong executive R&D buat beberapa test...1st sensory evaluation (spiderweb test) untuk cili sos dan mayonis daripada beberapa supplier yang berbeza...ada yang sedap ada yang pahit, ada yang masam and macam-macam lagi la..rasa nak muntah pon ada bila try mayonis... 2nd, chemical test untuk sample ayam mentah dari supplier and 3rd, try buat produk baru...nuget ayam vege...

lepas tu saya juga diminta untuk monitor proses nuget lembu start dari awal sampailah ke akhir...kene tengok sama ada proses tu mengikut procedure yang betul atau tidak ... penat jugak wat keje monitor nie...yang paling penatnya bila kene deal dengan abangla.. dieorang ni dah la susah nak paham bahasa kite...nak mintak tolong dengan dieorang pon susah... akhirnya saya pon buat keputusan untuk guna bahasa isyarat je dengan mereka...hehehe... nasib baik boleh paham...pening- penig...

ape-ape pon best la dapat LI kat sini...thanks Prof..
ok la..setakat ini je yang mampu saya kongsi untuk hari ini...